Islamic Widget

Nikmat Allah s.w.t

10 November 2020

Cara Buat Soalan Kuiz Online Guna Google Form




Ramai yang tanya bagaimana cara nak buat kuiz secara atas talian (online) menggunakan Google Form?

Kuiz ini boleh dijawab oleh murid-murid secara online di rumah, terutamanya ketika sedang cuti sekolah.

Murid tidak perlu print soalan tersebut, boleh terus menjawabnya secara atas talian, menggunakan laptop atau smartphone.

Kuiz ini juga boleh terus ditanda secara automatik, jadi murid tahu soalan yang mana mereka jawab betul atau salah, dan berapa markah yang mereka telah perolehi.

Senarai perkara yang diperlukan:

  1. Laptop / Smartphone
  2. Akaun Gmail
  3. Internet
  4. Senarai soalan / bahan untuk membina soalan

Berikut merupakan panduan untuk membina soalan kuiz ringkas menggunakan Google Form. Ikut langkah mudah di bawah:

1. Buka Google Form di website: https://docs.google.com/forms

2. Bina soalan anda, anda boleh pilih soalan jenis Multiple Choice untuk lebih mudah murid anda menjawabnya. Rujuk gambar di bawah:



3. Bina seberapa banyak soalan yang anda mahu, selain soalan Multiple Choice, anda juga boleh membuat soalan berbentuk, jawapan pendek, dropdown menu, dan check box.

4. Setelah anda berjaya menyiapkan soalan dan pilihan jawapan, anda perlu jadikan ia sebagai kuiz, dan boleh jadikan ia automatik marking. Ikut langkah seterusnya iaitu dengan pergi ke menu Setting. Setting berada di atas sebelah kanan. Rujuk gambar:👇


5. Kemudian anda pergi ke menu Quizzes, dan pilih “make this a quiz”👇


6. Di ruang ini anda boleh setting sama ada mahu membenarkan ia terus ditanda atau tidak.

Anda juga boleh membenarkan murid anda untuk melihat soalan yang dijawab salah, soalan betul dan markah yang diperolehi.

7. Selepas itu tekan SAVE.

8. Kemudian, langkah seterusnya anda perlu pergi semula ke soalan yang anda buat tadi untuk setting jawapan yang betul bagi setiap soalan.

9. Anda juga boleh isi Markah (point) bagi setiap soalan yang dijawab dengan betul.👇

10. Selepas siap, anda boleh share link kuiz anda kepada murid anda atau guru lain. Caranya ialah dengan menekan butang seperti di dalam gambar.👇


11. Kemudian tekan simbol link:👇


12. Kemudian tekan copy, dan anda boleh paste ke siapa yang anda ingin beri link tersebut.

Diharap panduan ini dapat membantu anda dalam membina kuiz secara online dan boleh membantu anak murid anda dalam membuat latihan dan ulangkaji.


Sumber : Pendidik2u.my

21 April 2020

Assalamualaikum...
Selamat malam...
Dh lama x buat entri... Musim PKP ni, cikgu² pakat duk buat GC, DC dsb... UE buat google form utk anak² murid UE... Lps tu send wasap je...

Mlm ni alhamdulillah siap dua tajuk PI Tahun 5... Sblm ni dh buat PI utk Tahun 4...
Nila hasil utk mlm ni...



UE x bagi banyak pn kt dorg... Nt stress plk... Yang penting cikgu buat kerja cikgu... Walaupun bercuti tapi pdpc tetap berjalan spt biasa... Cma masa, waktu n kuantiti tu x la byk mcm kta ngajar kt kelas...

Anak² murid pn bkn smua ada kemudahan gajet n internet... Guna yg mak ayah je... Ada mrd yg mmg ada dorg punya.. Tp segelintir je... Pape pun buat setakat yg termampu... Ok...

Good luck n selamat belajar... Mudah²an #COVID19 berlalu pergi dengan segera...
Pape pn redha n syukur padaMu ya Rabb...

13 July 2019

BROSUR PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2019

Assalamualaikum...
Selamat malam...

Pekaba smua... Alhamdulillah mlm ni dh siap satu tugasan yg d amanahkan...
Ni la 👇 hasil idea UE... X de la kreatif sgt... Tp alhamdulillah cba buat sebaik mungkin...
UE pn cedok idea rakan² jgk... Bkn 100% idea UE...

Alhamdulillah ramai kwn yg membantu... Tq smua 😘😘



Setakat ni la dlu entry UE utk kali ni... Nk setel urusan princess nk skolh esok...
Lps tu kta tdo...

مع السلامة
والي اللقاء

16 June 2019

BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA 2019

Assalamualaikum...
Selamat sejahtera...

Lama UE tak buat entry kt cni... Maklum la bz katakan... Konon nya la... Haha

O ye... Hari ni UE nk share Buku Program Raya 2019 yg UE buat utk skolh UE...
Tapak tu UE amik dr kwn2 jgk cma edit n tambah idea sendiri.. Utk kepuasan diri...


Ni la hasil kerja UE yg x seberapa... Sekadar je... Nt UE bagi link utk download yer...
Sori ye shbt sekalian UE x dpt nk reply komen uolllsss...

Jadi UE sediakan link utk memudah proses download bhn..

Maaf sekali jka ada terkurang... Nt shbt2 edit la ye mana patut... Nk tmbh qr code pn blh 😊😊

Untuk download BUKU PROGRAM HARI RAYA 2019 klik link di bawah :

BUKU PROGRAM HARI RAYA 2019

Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh PM fb UE atau tinggalkan komen... Tq semua...

Salam sayang dr UE 🌹🌹

12 February 2019

Aktiviti Jawi dan BM

Hari ni buat aktiviti berfokuskan jawi... 2 panitia bergabung... Seronok bdk2 n msg2 blh tunjuk skill... Yg menang dpt hadiah... Tahniahhh

Aktiviti Panitia PI SKTJ - oleh Ustzh Engku Rohana 😊😊
- Mengenal huruf boleh bersambung dan tidak boleh bersambung selepasnya dan menyambung huruf

Thp 1
- Menyenaraikan huruf yang ada 1 titik dan 2 titik
- Menyenaraikan huruf yang tidak boleh bersambung selepasnya.

Thp 2
- Jawikan perkataan berdasarkan gambar
- Menyambung huruf
- Sambung huruf guna teknik silang pangkah




Aktiviti Panitia BM SKTJ - oleh Pn Hjh Rafeah

Thp 1 & Thp 2
- Menulis kata kerja, kata adjektif dsb
- Menulis peribahasa berdasarkan gambar

24 January 2019

Assalamualaikum n slmt malam...

UE nk kongsi ckit... Pg td masuk kelas 4J, masa BA...
UE saje2 nk hepi2 ngn ank2 4J... Kta buat ala2 "kalam jamaie" la ckit.... Hehe

UE bkn pndai pn... Bg ank2 didik UE enjoy blaja BA... Tny dorg... Suka x blaja cmni... Suka sgt ustzh... Hmmm... Korang mmg tau... Heee

Abaikan suara yg blkg tabir tu yer 😅😅...  Gbr je... Video UE upload d youtube jelah...

في المطبخ




Ok lah... Stkt ni celoteh utk mlm ni... 😊😊
Assalamualaikum n slmt malam...

Alhamdulillah...
Majlis penyerahan wang BAP 2019 yg berlangsung pd pukul 2tg telah berjalan dgn lancar...
Sekalung penghargaan buat seluruh warga sktj yg terlibat scr langsung atau tdk...
UE puashati...

Maka terhasillah BUKU PROGRAM utk majlis hari ni...




Sekitar majlis berjalan

Setakat ni dulu lah coretan UE... Nak rehatkan minda cuti ni... 😊😊
Selamat berhujung minggu 😊😊