Islamic Widget

Nikmat Allah s.w.t

13 August 2011

Ayat-ayat syifa'

(dibaca utk kesihatan badan & sembuh dr penyakit fizikal & spiritual)

Selain kekuatan fizikal dan mental. Kekuatan spritual amat diperlukan utk menyahkan makhluk itu dr terus menumpang tubuh badan.

Menurut seorang ustaz, anak murid Ustaz Haron Din ( Darus-Syifa') adakala kita tidak sedar benda2 ini menumpang telah sekian lama selagimana fizikal masih kuat. Namun ketika sakit dan tua ketika badan lemah semasa itu diuji hebat. Ia makin kuat kita makin lemah. Walau apa pun Allah lebih kuat dari segalanya.Itu keyakinanan kita sebagai hamba yang beriman.

Sebenarnya sebagai manusia kita tidak boleh leka walaupun seketika. Lagha dengan dunia. Hati berpaut hanya pada keseronokan sementara. Terlepas mengingati Allah walau hanya sesaat. Makhluk2 ini akan mudah berdamping menjadikan kita sahabat mereka. 

Bukan perlu diyakini atas apa yg tiada. Jika tiada rasa ada maka akan ada. Benda itu suka. Jika tiada alhamdulillah. Namun lazimilah dengan ayat Allah. Ingatlah Allah setiap detik masa beredar. 

Ayat-ayat Syifa' ini sebagai bacaan utk dilazimi setiap hari. Keyakinanan kita bukan pada ayat2 ini tetapi pada Allah Taala pemberi rahmat, pengasih dan penyembuh. InsyAllah. 

1) Surah al-Fatihah

2) Surah al-Baqarah ayat 1 - 5

3) Surah al-Baqarah ayat 163 - 164

4) Surah al- Baqarah ayat 225 ( ayat Kursi )

5) Surah al-Baqarah ayat 285 - 286

6) Surah Ali-Imran ayat 18 - 19

7) Surah at- Taubah ayat 14 - 15

8) Surah Yunus ayat 57

9) Surah an-Nahl ayat 69

10) Surah al-Isra' ayat 82

11) Surah as-Syu'ara' ayat 78 - 80

12) Surah Fussilat ayat 69

13) Surah al -Ikhlas

14) Surah al-Falaq

15) Surah an-Nas

16) Selawat syifa' ( dibaca berulang kali sebelum & selepas membaca ayat2 Syifa' di atas)

15 KEBAIKAN SUJUD KETIKA SOLAT


15 Kebaikan Sujud Ketika Solat

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7.kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8.Meringankan bahagian pelvis.

9.Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

14.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

15 SIFAT MANUSIA DALAM AL-QURAN


15 SIFAT MANUSIA DALAM AL-QURAN
Posted on February 20, 2011 by mastermime
pertama, manusia itu LEMAH
“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah” (Q.S. Annisa; 28)
kedua, manusia itu GAMPANG TERPERDAYA
“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah” (Q.S Al-Infithar : 6)
ketiga, manusia itu LALAI
“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” (Q.S At-takaatsur 1)
keempat manusia itu PENAKUT / GAMPANG KHAWATIR
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S Al-Baqarah 155)
kelima, manusia itu BERSEDIH HATI
“Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin , siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah , hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati” (Q.S Al Baqarah: 62)
keenam, manusia itu TERGESA-GESA
Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (Al-Isra’ 11)
ketujuh, manusia itu SUKA MEMBANTAH
“Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata.” (Q.S. an-Nahl 4)
kedepalan, manusia itu SUKA BERLEBIH-LEBIHAN
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Q.S Yunus : 12)
“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas” (Q.S al-Alaq : 6)
kesembilan, manusia itu PELUPA
“Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.” (Q.S Az-Zumar : 8 )
kesepuluh, manusia itu SUKA BERKELUH-KESAH
“Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (Q.S Al Ma’arij : 20)
“Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” (Q.S Al-Fushshilat : 20)
“Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” (al-Isra’ 83)
kesebelas, manusia itu KIKIR
“Katakanlah: “Kalau seandainya kamu menguasai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku, niscaya perbendaharaan itu kamu tahan, karena takut membelanjakannya.” Dan adalah manusia itu sangat kikir.” (Q.S. Al-Isra’ : 100)
keduabelas, manusia itu SUKA MENGKUFURI NIKMAT
Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hamba-Nya sebagai bahagian daripada-Nya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata (terhadap rahmat Allah). (Q.S. Az-Zukhruf : 15)
sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, (Q.S. al-’Aadiyaat : 6)
ketigabelas, manusia itu DZALIM dan BODOH
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, ” (Q.S al-Ahzab : 72)
keempatbelas, manusia itu SUKA MENURUTI PRASANGKANYA
“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Q.S Yunus 36)
kelimabelas, manusia itu SUKA BERANGAN-ANGAN
“Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: “Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?” Mereka menjawab: “Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah;dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.” (Q.S al Hadid 72)

11 August 2011

APRIL FOOL


Nabi bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Nabi bersabda, "Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [HR Abu Daud ]

TANDA ORANG BIJAKSANA


" Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah : Hatinya selalu berniat suci. Llidahnya selalu basah dengan zikrullah. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa). Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah. Juga mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia ".
--->  Sayidina Uthman Affan.

Renungan Bersama: Setiap Amalan Bergantung Dengan Niat


Setiap Amalan Bergantung Dengan Niat

Hadith:
RASULULLAH saw bersabda yang maksudnya:Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.
Riwayat Bukhari Muslim

Huraian Hadith:
Peranan niat adalah amat penting dalam kehidupan manusia, kerana niat menentukan segala galanya samaada jujur atau tidak jujurnya, sama ada ikhlas atau tidak iklas seseorang itu atau sebagainya, semuanya bergantung dengan niat.
Ulama' kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama dalam semua ibadat. Bahkan untuk membedakan antara ibadat dengan adat hanyalah dengan niat. Jika niatnya baik, baiklah amalannya dan begitulah seterusnya.
Sesuatu perbuatan adat jika diniatkan mengikut tuntunan dan keredaan Allah dan Rasulullah maka ia berubah menjadi ibadat dan mendapat pahala.
Penghijrahan manusia dari satu tempat kesatu tempat dari satu tugas kesuatu tugas. Dari satu hajat kesuatu hajat semuanya akan dilaksanakan mengikut apa yang diniatkan.
Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SABAR


Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) 

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi) 

Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. 

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya : 
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146) 

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)

DUHAI IBU


Ibu......
Kau umpama sinar
Umpama matahari
Menerangi anak-anak mu kala kegelapan....keresahan

Ibu........
Kaulah ratu kaulah permata
Dihati anak-anakmu
Kau bak bulan purnama

Ibu........
Pengorbananmu tidak ternilai
Sanggup berkorban apa saja
Jasamu tetap di sanubari
Kasih mu tetap diingati
Keikhlasanmu tidak tertanding

Ibu.......
Ampunilah dosa anak-anakmu
Ini lah ungkapan untukmu IBU
"SELAMAT HARI IBU"
terima kasih Ibu..........

Selamat Hri Ibu buat ibuku yang tersayang khususnya......juga buat ibu-ibu diseluruh pelusuk dunia........
Moga segala yang kau curahkan sentiasa dirahmati dan diberkati serta diredhai olehNya dunia dan akhirat.......amin ya rabbal alamin......Barakallahu fiiha......... :-*

09 August 2011

PUDING ROTI


Bahan-bahan ( tray 8" round )
·         10-12 keping roti sandwich
·         150ml susu segar
·         3 biji telur
·         150 g gula halus
·         2 biji pisang di potong keping bulat
·         secubit garam
·         1 sudu kecil vanila esen
·         1 susu besar mentega
·         1 sudu kecil sodium bicarbonate

Cara-cara
1.    Rendam roti dalam susu segar selama 5 minit dan hancurkan. Masukkan sodium bicarbonate dan gaul rata.
2.    Pukul gula dan telur sampai kembang, masukkan garam dan vanila esen, gaul rata.
3.    Masukkan roti dan pisang ke adunan telur, gaul rata.
4.    Tuang ke acuan yang telah sapu sedikit minyak. Taburkan mentega diatas adunan.
5.    Bakar di oven selama 45minit dengan suhu 180'c.
6.    Sedap dimakan panas atau disejukkan dalam peti ais.

KEK COKLAT KUKUS


Bahan-bahan ( )
·         2 cawan Tepung Gandum
·         2 cawan Gula
·         1 cawan Susu Cair
·         3/4 cawan Serbuk koko
·         1 cawan Air Panas
·         1/4 sudu kecil Soda Bikarbonat
·         1/4 sudu kecil Baking Powder
·         Esen Vanilla
·         3 biji telur

Cara-cara
1.   Bancuh serbuk koko dengan air panas.
2.   Kacau kesemua bahan sehingga sebati.
3.   Kukus selama 1 jam.

KEK BELACAN


Bahan2:
10 BIJI TELUR                                                      16 OZ MENTEGA
1 TIN SUSU MANIS                                          1 TIN SUSU CAIR
1 GELAS GULA HALUS                                    1 GELAS TEPUNG GANDUM
½ GELAS MILO                1 SUDU TEH VANILLA

Cara2:
-Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
-Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
-Masukkan susu pekat, susu cair, tepung, milo dan vanilla, gaul hingga sebati.
-Kukus 6 jam.

AYAM MASAK MADU


Bahan
1/2 ekor ayam (dipotong kecil mengikut citarasa masing-masing)
4 ulas bawang putih (crushed)
1 labu bawang besar (English onion) (belah enam)
Sos tiram
Madu
Kicap cair
Kicap pekat
Minyak masak

Bahan perap
2 tbsp sos tiram
2 tbsp kicap cair

Cara
1.    Basuh ayam dan toskan.
2.    Gaul bahan perapan bersama ayam dan perap selama 1 jam (minimum 20 minit)
3.    Goreng ayam hingga hampir masak. Angkat dan biarkan seketika.
4.    Panaskan sedikit minyak (minyak goreng ayam digunakan semula tapi bukan semua) dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
5.    Masukkan sos tiram, madu, kicap cair dan kicap pekat mengikut selera masin-masing (jika ingin manis lebihkan sos tiram dan madu).
6.    Masak sehingga berbuih (ini disebabkan oleh madu) dan terus masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7.    Gaul rata dan biarkan seketika.
8.     Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.